Catatan

Seseorang yang menarik perhatian saya

Imej
SESEORANG   YANG MENARIK PERHATIAN SAYA Seseorang yang telah menarik perhatian saya sepanjang minggu ke-12 iaitu abang bill, nama sebenar dia saya tak tahu. Saya memilih saudara ini kerana sikapnya yang tak pandai duduk dia, asyik dia sahaja yang buat lawak dengan geng – gengnya yang masuk air dengannya. Dia juga merupakan penghibur sepanjang kelas KPS3014 Pengurusan Pembelajaran berlangsung selama 12 minggu. Dari apa yang saya tengok orangnya baik tapi nakal, banyak cakap dan mempunyai perwatakan kelakar dan lucu. Apa yang ada pada dia ini mengingatkan saya kepada kawan baik saya semasa di sekolah menengah dahulu.

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Imej
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Topik ini membincangkan tentang pengurusan alam pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalan mencapai matlamat kumpulan. Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak – kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.             Seorang guru perlu ada asas kemahiran untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar, prosedur menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Bukan itu sahaja, seseorang guru perlu mempunyai cara membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran i...

TOPIK 13: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Imej
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Topik ini membincangkan tentang pengurusan penasihatan murid. Menurut Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti – aktiviti dalam membantu pelajar mengalami keadeh – kaedah untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Dalam topik ini juga menerangkan pross bimbingan dan penasihatan yang mempunyai 5 fasa. Terdapat perbezaan di antara bimbingan dan penasihatan dengan kaunseling iaitu salah satunya bimbingan dan penasihatan ini lebih berfokus kepada masalah yang individu hadapi manakala kaunseling pula lebih berfokus kpada individu yang bermasalah. Di sekolah, Guru mempunyai peranan sbagai pembimbing dan penasihat dengan kaunselor, psikoterapis dan psikiatris. Kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring adalah cara –cara yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar...

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Imej
PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA Topik ini mnerangkan tentang jenis masalah pembelajaran murid – murid iaitu pemulihan khas, pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaaan. Melalui bab ini, kita dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab guru bagi menguruskan murid - murid yang berkeperluan khas. dalam bab ini juga, menunjukkan peranan guru penting bagi membantu golongan yang berkeperluan khas. Secara kesimpulannya, pengurusan pendidikan pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang mempunyai masalah di dalam kelas. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Pelajar – pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajara...

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Imej
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada pross pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu agar aktiviti pelajar dapat dikawal.  Antara budaya di sekolah ialah: Ø   Budaya Belajar Ø   Budaya Berpakaian Ø   Budaya hormat – menghormati Ø   Budaya beran menyoal Ø   Budaya Membaca Ø   Budaya Penyayang Kesimpulannya, pengurusan budaya sangat penting dalam menwujudkan suasana keadaan sekolah yang aman dan harmoni.

TOPIK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Imej
TOPIK: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Topik ini membincangkan hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan sekolah dengan PIBG dan hubungan sekolah dengan badan berkanun dan badan bukan berkanun. Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Fungsi sekolah adalah untuk mencapai sesuatu objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk insan yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persekitaran boleh didefinisikan sebagai kawasan disekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitarnya. Persekitaran sekolah merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu tempat bererti terdapat masyarakat yang tinggal berdekatan dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sangat memainkan peranan yang penting bagi melahirkan sebuah suasana yang kondusif kepada pihak sekolah serta pelajar di sekolah. Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya dari segi sosial, ...

TOPIK 9: PENGURUSAN DISIPLIN

Imej
PENGURUSAN DISIPLIN Topik ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, salah laku serta pekeliling dan peraturan. Disiplin ialah peraturan – peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin seseorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah. Pembentukan disiplin murid juga dipengaruhi oleh alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Bukan itu sahaja, disiplin murid juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Displin sangat penting untuk membolehkan murid menjadi warganegara yang berdisiplin, membolehkan pemupukan nilai-nilai moral dan murid menjadi lebih produktif.           Jenis disiplin murid di sekolah: v   Disiplin arahan guru v   Disiplin arahan kerja v   Disiplin arahan kumpulan v   Disiplin arahan diri ...