TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


TOPIK SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi adalah merupakan suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji tentang manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Melalui interaksi bermacam – macam fenomena sosial akan berlaku, sama ada sesuatu perkara itu akan berkekalan, berubah, berkembang, ditinggalkan ataupun mundur. Sosiologi memfokus kepada kajian penghidupan sosial di zaman yang dianggap moden.

Tujuan utama sosiologi: untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan merekadan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

Tokoh-tokoh Sosiologi
v  Ibnu Khaldun (1332-1406)
v  Auguste Comte (1798-1857)
v  Karl Marx (1818-1883)
v  Emile Durkheim (1858-1917)
v  Max weber (1864-1920)
v  George Herbert Mead (1863-1931)

Perspektif Sosiologi: Mikro (Bersifat kecil dan individu) & Makro (Bersifat besar, kompleks. Dan berfokuskan masyarakat/organisasi)

Teori utama Sosiologi : Teori Interaksionisme, Teori Konflik, Teori Fungsionalisme

Pendidikan sebagai suatu proses, bereti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suati produk adalag kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Sosiologi Pendidikan: Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk insitusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pdp.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA