TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


TOPIK  KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Topik ini membincangkan mengenai badan pentadbiran yang ada di sekolah. Kepimpinan yang efektif adalah penting bagi mewujudkan suasana yang mendorong pengajaran yang menarik. Bukan itu sahaja, ia mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna serta menyeronokkan. Seorang pemimpin pendidikan hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, renungan atas amalan – amalan serta tindak – tindak balas yang diterima berlandaskan sebab – sebab dinyatakan iaitu mengesan nilai – nilai utama keberkesanan dan kecekapan, menilai secara kritikal budaya moral yang menentukan apa yang betul dan penting dan untuk menilai secara moral pemimpin – pemimpin pendidikan. Kepimpinan pendidikan yang bijaksana akan dapat meningkatkan mutu perkembangan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran.

4 jenis gaya kepimpinan: 

Ø  Autokratik

Ø  Demokratik

Ø  Kontigensi

Ø  Laissez-Faire

Organisasi merupakan satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu. Dengan ini, setiap organisasi mempunyai lima unsur, iaitu dasar yang tegas, tujuan yang jelas, adanya kepimpinan wakilan, anggota yang tetap serta usaha yang positif dan kreatif. 
Carta organisasi sekolah terdiri daripada pengtua, penolong kanan pentadbiran (PkP), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Penolong Kanan Kurikulum (PK Ko) dan Kaunselor.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA