TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
TOPIK: PENGURUSAN SUMBER SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Program Skim
Pinjaman Buku Teks telah diperkenalkan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu
skim yang boleh membantu murid yang kurang kemampuan menerima pinjaman buku
agar mereka dapat belajar seiring dengan pelajar yang lain. SPBT ini merupakan
sokongan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam bilik
darjah.
Matlamat Skim
Pinjaman Buku Teks adalah untuk memberi peluang kepada murid yang kurang
kemampuan agar mereka akan dapat belajar dengan sempurna seperti murid – murid
yang lain. Syarat kelayakan dan permohonan meminjam buku teks SPBT ialah semua
pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (termasuk dahulunya Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Inggeris) adalah layak diberi bantuan pinjaman buku teks. Manakala
di sekolah – sekolah lain, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan
sekolah menengah, hanya murid daripada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan
seperti dinyatakan dalam syarat sahaja diberi bantuan pinjaman buku teks.
Bagi prosedur
pinjaman Buku Teks, murid –murid diwajidkan mengisi borang permohonan pada
penggal kedua untuk mendapatkan buku teks bagi tahun akan datang. Setelah
selesai pengisian borang tersebut, Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan
mengkaji borang yang dihantar oleh setiap pelajar dan mengira bilangan buku –
buku teks yang diperlukan. Setiap murid perlu menjaga buku teks dengan baik dan
tidak merosakkannya. Sekiranya murid tidak berbuat demikian, pada akhir tahun
buku yang hilang atau terkoyak, murid berkenaan perlu menggantikan buku teks
tersebut dengan wang tunai atau dengan buku berkenaan.
RUJUKAN
1.
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1998: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
Ulasan
Catat Ulasan