TOPIK 7: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


TOPIK: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Topik ini membincangkan tentang pengurusan pusat sumber sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Pusat sumber sekolah merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran – pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukkan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan kemahiran belajar sepanjang hayat.  Tanpa sumber, ilmu pengetahuan seorang pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar hanya berfokuskan kepada guru sahaja.

Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan pelaksanaan pelbagai program yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Tahun PSS adalah pada tahun 2000 bagi seluruh sekolah di negara. Ia bertujuan untuk menyedarkan dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaikkan taraf PSS. Ia juga diharapkan turut menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Pelaksanaan Pusat Sumber Sekolah ini adalah bagi meningkatkan tahap pembacaan pelajar melalui pelbagai sumber, Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar dalam menyediakan maklumat dan bahan yang mencukupi dan terkini bagi proses pembelajaran dan pengajaran berasaskan sumber di sekolah. Guru perlu memainkan peranan penting bagi menggalakkan pelajar menanam minat membaca. Dengan adanya amalan membaca di sekolah, murid – murid akan mendapat ilmu pengetahuan secar tidak langsung. Bukan itu sahaja, hasrat kerajaan akan tercapai bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak sekolah amat memainkan peranan penting dengan mengadakan Program Amalan Membaca dan Program Nilam di peringkat sekolah.



RUJUKAN

1.      Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21

2.      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000 Tahun Pusat Sumber Sekolah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA