TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH




Bilik darjah ditakrifkan sebagai sesebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan dan menghalangi pembelajaran. Di negara kita, terdapat beberapa jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, KBSR, KBSM dan bilik darjah terbuka. Walaubagaimana pun, terdapat implikasi bagi setiap jenis – jenis bilik darjah tersebut ke atas pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada fizikal, kemanusiaan dan teknikal. Dari segi fizikal iaitu, saiz bilik darjah, suasana am, peralatan dan cahaya dan udara dalam bilik darjah. Dari segi kemanusiaan pula iaitu suasana sosial bilik darjah dan suasana emosi bilik darjah. Manakala dari segi teknikal, iaitu kemahiran guru dan pelbagai sumber pembelajaran seperti projektor overhed, transparensi, slaid dan pita rakaman.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Ia juga dapat menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan membentuk suasana pembelajaran yang positif.

Kepimpinan guru yang demokratik akan membina suasana sosioemosi yang sihat yang seterusnya menggalakkan interaksi yang terbuka di antara guru dengan murid dengan murid. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah lebih bermakna dan menyeronokkan. Terdapat beberapa cara membentuk interaksi dalam bilik darjah ialah mempraktikkan kepimpinan demokratik, meningkatkan penyertaan murid menggunakan kadah kumpulan, teknik buzz, main peranan lakonan sesi soal jawab, alat bantu mengajar dan membantu pelajar yang mengasingkan diri atau menghadapi masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA