TOPIK 9: PENGURUSAN DISIPLIN


PENGURUSAN DISIPLIN


Topik ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, salah laku serta pekeliling dan peraturan. Disiplin ialah peraturan – peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin seseorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah. Pembentukan disiplin murid juga dipengaruhi oleh alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Bukan itu sahaja, disiplin murid juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Displin sangat penting untuk membolehkan murid menjadi warganegara yang berdisiplin, membolehkan pemupukan nilai-nilai moral dan murid menjadi lebih produktif.


         Jenis disiplin murid di sekolah:
  • v  Disiplin arahan guru
  • v  Disiplin arahan kerja
  • v  Disiplin arahan kumpulan
  • v  Disiplin arahan diri



Punca Masalah Disiplin berlaku di Sekolah


Pengurusan disiplin sekolah berpandukan Buku Peraturan Displin Sekolah iaitu tertakluk kepada Peraturan – peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan surat – surat pekeliling. Hukuman yang dijatuhkan mengikut prosedur yang ditetapkan, adil dan peluang untuk membuat rayuan diberikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA