TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
PENGURUSAN
PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA
Topik ini mnerangkan
tentang jenis masalah pembelajaran murid – murid iaitu pemulihan khas,
pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaaan. Melalui bab ini, kita dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab guru bagi menguruskan murid - murid yang berkeperluan khas. dalam bab ini juga, menunjukkan peranan guru penting bagi membantu golongan yang berkeperluan khas.
Secara kesimpulannya,
pengurusan pendidikan pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang mempunyai masalah di
dalam kelas. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menghakis jurang
perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Pelajar –
pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja
kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai
untuk mereka mencapai potensinya. Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan
strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang memberi kesan positif
kepada murid yang cenderung dalam kategori pelbagai upaya ini.
Ulasan
Catat Ulasan