TOPIK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
TOPIK: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Topik ini
membincangkan hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan sekolah dengan PIBG
dan hubungan sekolah dengan badan berkanun dan badan bukan berkanun. Sekolah
merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Fungsi sekolah adalah
untuk mencapai sesuatu objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan insan yang
cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk insan yang bersahsiah baik
serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persekitaran
boleh didefinisikan sebagai kawasan disekeliling sesuatu tempat atau kawasan
sekitarnya. Persekitaran sekolah merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu
tempat bererti terdapat masyarakat yang tinggal berdekatan dengan sesebuah
sekolah. Persekitaran sangat memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
sebuah suasana yang kondusif kepada pihak sekolah serta pelajar di sekolah.
Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya dari segi sosial,
fizikal, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Hubungan
sekolah dengan masyarakat dapat dilihat jelas di dalam situasi berikut
kurikulum sekolah adalah sejajar dengan keperluan – keperluan masyarakat, iaitu
ia dapat mengekalkan nilai – nilai, norma – norma, kebudayaan dan falsafah
hidup masyarakat. Hubungan sekolah dengan pihak badan berkanun dan badan bukan
berkanun dari segi sumbangan dan program yang dianjurkan di sekolah. Hubungan
sekolah dengan ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat ditunjukkan
melalui peranan dan gerak kerja ibu bapa dalam penglibatan dengan sekolah.
Dengan adanya hubungan ini ia dapat mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru dalam berkerjasama memajukan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. PIBG
ini adalah bagi membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan
meningkatkan kemudahan di sekolah, meningkatkan kemesraan dan menyediakan
sakuran komunikasi dab hubungan antara sekolah dengan masyarakat stempat dan
meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Kesimpulannya,
hubungan ini dapat mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan bagi menjana
kecemerlangan antara sekolah dengan persekitaran. Hal ini kerana sekolah
merupakan tempat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan mereka.
RUJUKAN
1.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2004
Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa – Guru (PIBG)
Ulasan
Catat Ulasan