TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
PENGURUSAN
ALAM PEMBELAJARAN
Topik
ini membincangkan tentang pengurusan alam pembelajaran. Menurut Haji Samsudin
bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan,
kerjasama dari semua ahli dalan mencapai matlamat kumpulan. Menurut Lee Shok
Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat
meransang minat belajar kanak – kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah
laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Seorang guru perlu ada asas kemahiran untuk menguruskan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah pengetahuan guru mengenai
nama dan latar belakang pelajar, prosedur menetapkan peraturan di dalam bilik
darjah dan perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah.
Bukan itu sahaja, seseorang guru perlu mempunyai cara membentuk suasana yang
kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu
komunikasi.
Kepentingan
pengurusan alam pembelajaran ini menurut Norasiah Ibni Qasim, pengurusan alam
pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar,
memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak
membosankan kerana dapat menarik perhatia pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru agar
minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah dan segala pmindahan maklumuat
akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.
Ulasan
Catat Ulasan