Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Seseorang yang menarik perhatian saya

Imej
SESEORANG   YANG MENARIK PERHATIAN SAYA Seseorang yang telah menarik perhatian saya sepanjang minggu ke-12 iaitu abang bill, nama sebenar dia saya tak tahu. Saya memilih saudara ini kerana sikapnya yang tak pandai duduk dia, asyik dia sahaja yang buat lawak dengan geng – gengnya yang masuk air dengannya. Dia juga merupakan penghibur sepanjang kelas KPS3014 Pengurusan Pembelajaran berlangsung selama 12 minggu. Dari apa yang saya tengok orangnya baik tapi nakal, banyak cakap dan mempunyai perwatakan kelakar dan lucu. Apa yang ada pada dia ini mengingatkan saya kepada kawan baik saya semasa di sekolah menengah dahulu.

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Imej
PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Topik ini membincangkan tentang pengurusan alam pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalan mencapai matlamat kumpulan. Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak – kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kea rah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.             Seorang guru perlu ada asas kemahiran untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar, prosedur menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Bukan itu sahaja, seseorang guru perlu mempunyai cara membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran i...

TOPIK 13: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Imej
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Topik ini membincangkan tentang pengurusan penasihatan murid. Menurut Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti – aktiviti dalam membantu pelajar mengalami keadeh – kaedah untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Dalam topik ini juga menerangkan pross bimbingan dan penasihatan yang mempunyai 5 fasa. Terdapat perbezaan di antara bimbingan dan penasihatan dengan kaunseling iaitu salah satunya bimbingan dan penasihatan ini lebih berfokus kepada masalah yang individu hadapi manakala kaunseling pula lebih berfokus kpada individu yang bermasalah. Di sekolah, Guru mempunyai peranan sbagai pembimbing dan penasihat dengan kaunselor, psikoterapis dan psikiatris. Kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring adalah cara –cara yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar...

TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Imej
PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA Topik ini mnerangkan tentang jenis masalah pembelajaran murid – murid iaitu pemulihan khas, pendidikan khas, pelbagai kecerdasan dan pengayaaan. Melalui bab ini, kita dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab guru bagi menguruskan murid - murid yang berkeperluan khas. dalam bab ini juga, menunjukkan peranan guru penting bagi membantu golongan yang berkeperluan khas. Secara kesimpulannya, pengurusan pendidikan pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang mempunyai masalah di dalam kelas. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Pelajar – pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Saranan KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajara...

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Imej
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada pross pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu agar aktiviti pelajar dapat dikawal.  Antara budaya di sekolah ialah: Ø   Budaya Belajar Ø   Budaya Berpakaian Ø   Budaya hormat – menghormati Ø   Budaya beran menyoal Ø   Budaya Membaca Ø   Budaya Penyayang Kesimpulannya, pengurusan budaya sangat penting dalam menwujudkan suasana keadaan sekolah yang aman dan harmoni.

TOPIK 10: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Imej
TOPIK: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Topik ini membincangkan hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan sekolah dengan PIBG dan hubungan sekolah dengan badan berkanun dan badan bukan berkanun. Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Fungsi sekolah adalah untuk mencapai sesuatu objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk insan yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persekitaran boleh didefinisikan sebagai kawasan disekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitarnya. Persekitaran sekolah merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu tempat bererti terdapat masyarakat yang tinggal berdekatan dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sangat memainkan peranan yang penting bagi melahirkan sebuah suasana yang kondusif kepada pihak sekolah serta pelajar di sekolah. Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya dari segi sosial, ...

TOPIK 9: PENGURUSAN DISIPLIN

Imej
PENGURUSAN DISIPLIN Topik ini berkaitan dengan peraturan dan disiplin murid, salah laku serta pekeliling dan peraturan. Disiplin ialah peraturan – peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin seseorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah. Pembentukan disiplin murid juga dipengaruhi oleh alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Bukan itu sahaja, disiplin murid juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Displin sangat penting untuk membolehkan murid menjadi warganegara yang berdisiplin, membolehkan pemupukan nilai-nilai moral dan murid menjadi lebih produktif.           Jenis disiplin murid di sekolah: v   Disiplin arahan guru v   Disiplin arahan kerja v   Disiplin arahan kumpulan v   Disiplin arahan diri ...

TOPIK 8 PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Imej
PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasi dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan ialah merancang, mengawal, mengarah, mengurus dan mengelola. Dalam topik ini juga menerangkan ciri keselamatan bilik pembelajaran : §   Mempunyai ruang kerja selasa dari segi susun atur perabot §   Mempunyai ruang kerja bersih dan selamat iaitu tiada sebarang kesan minyak §   Mempunyai papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin. §   Mempunyai stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan. Bilik pembelajaran terdiri daripada Bengkel MPV/KHB/RBT, Makmal Sains, Studio Pendidikan Seni & Visual, Bilik Muzik, Makmal ICT/Multimedia, Bilik Self-Access Learning (SAL) dan Bilik Tayang. MAKMAL ICT MAKMAL SAINS

TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Imej
TOPIK: PENGURUSAN SUMBER SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Program Skim Pinjaman Buku Teks telah diperkenalkan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu skim yang boleh membantu murid yang kurang kemampuan menerima pinjaman buku agar mereka dapat belajar seiring dengan pelajar yang lain. SPBT ini merupakan sokongan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Matlamat Skim Pinjaman Buku Teks adalah untuk memberi peluang kepada murid yang kurang kemampuan agar mereka akan dapat belajar dengan sempurna seperti murid – murid yang lain. Syarat kelayakan dan permohonan meminjam buku teks SPBT ialah semua pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (termasuk dahulunya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris) adalah layak diberi bantuan pinjaman buku teks. Manakala di sekolah – sekolah lain, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah menengah, hanya murid daripada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan seperti dinyatakan dalam syarat sahaja diberi bantu...

TOPIK 7: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Imej
TOPIK: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Topik ini membincangkan tentang pengurusan pusat sumber sekolah. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan abad ke-21. Pusat sumber sekolah merupakan pusat mengakses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital yang diurus secara sistematik bagi menyokong kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran – pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukkan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan kemahiran belajar sepanjang hayat.   Tanpa sumber, ilmu pengetahuan seorang pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar hanya berfokuskan kepada guru sahaja. Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas...

TOPIK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Imej
PENGURUSAN BILIK DARJAH Bilik darjah ditakrifkan sebagai sesebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan dan menghalangi pembelajaran. Di negara kita, terdapat beberapa jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, KBSR, KBSM dan bilik darjah terbuka. Walaubagaimana pun, terdapat implikasi bagi setiap jenis – jenis bilik darjah tersebut ke atas pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada fizikal, kemanusiaan dan teknikal. Dari segi fizikal iaitu, saiz bilik darjah, suasana am, peralatan dan cahaya dan udara dalam bilik darjah. Dari segi kemanusiaan pula iaitu suasana sosial bilik darjah dan suasana emosi bilik darjah. Manakala dari segi teknikal, iaitu kemahiran guru dan pelbagai sumber pembelajaran seperti projektor overhed, transparensi, slaid dan pita rakaman. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat menj...

TOPIK 5: PENGURUSAN MURID

PENGURUSAN MURID Pengurusan murid adalah proses – proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid. Dalam topik ini juga menjelaskan cara guru menguruskan murid yang berbeza dari segi perbezaan jantina, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan perkembangan mental, perbezaan sikap dan minat, perbezaan jantina, perbezaan status sosioekonomi dan perbezaan kecerdasan individu. Selain itu, bab ini menerangkan kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Akhir sekali, dalam bab ini membincangkan cara memotivasikan pelajar. Motivasi amat penting kepada para pelajar, motivasi mendorong murid untuk bergiat aktif dalam akademik mahupun korikulum. Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah penting kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah mencerminkan prestasi sekolah tersebut. Pengurusan murid yang sistematik penting bagi pihak ...

TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Imej
TOPIK  KEPIMPINAN DAN ORGANISASI Topik ini membincangkan mengenai badan pentadbiran yang ada di sekolah. Kepimpinan yang efektif adalah penting bagi mewujudkan suasana yang mendorong pengajaran yang menarik. Bukan itu sahaja, ia mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna serta menyeronokkan. Seorang pemimpin pendidikan hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, renungan atas amalan – amalan serta tindak – tindak balas yang diterima berlandaskan sebab – sebab dinyatakan iaitu mengesan nilai – nilai utama keberkesanan dan kecekapan, menilai secara kritikal budaya moral yang menentukan apa yang betul dan penting dan untuk menilai secara moral pemimpin – pemimpin pendidikan. Kepimpinan pendidikan yang bijaksana akan dapat meningkatkan mutu perkembangan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. 4 jenis gaya kepimpinan:  Ø   Autokratik Ø   Demokratik Ø   Kontigensi Ø   Laissez-Faire Organisasi ...

TOPIK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID

KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID Pengurusan didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabi’inya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan sekolah menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Terdapat beberapa kepentingan pengurusan iaitu: v   Menambah pengtahuan v   Mendapatkan keredaan Allah v   Meningkatkan mutu amalan kerja guru v   Menambahkan produktiviti PENGURUSAN SEKOLAH Sekolah sebagai suatu tempat untuk belajar dan mengajar. Orang yang mengajar dan mendidik itu dikenali sebagai guru manakala yang belajar itu murid. Selain daripada pengajaran dan pembelajaran, banyak nilai-nilai murni dan norma-norma positif lain satu-satu masyarakat itu dipupuk dan disemai. Pengurusan sekolah ialah sumber. Bilik pembelajaran...

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Imej
TOPIK: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN Interaksi adalah proses saling bertindak di antara individu dengan alam sekitarnya. Di dalam bilik darjah, interaksi biasanya berlaku di antara guru dengan murid, duru dengan kumpulan dan murid dengan murid. Melalui topik ini kita mempelajari 3 jenis interaksi iaitu : ·          Interaksi sehala/pasif ·          Interaksi dua-hala ·          Interaksi kumpulan (Pelbagai hala)

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN Sosiologi adalah merupakan suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji tentang manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Melalui interaksi bermacam – macam fenomena sosial akan berlaku, sama ada sesuatu perkara itu akan berkekalan, berubah, berkembang, ditinggalkan ataupun mundur. Sosiologi memfokus kepada kajian penghidupan sosial di zaman yang dianggap moden. Tujuan utama sosiologi: untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan merekadan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka. Tokoh-tokoh Sosiologi v   Ibnu Khaldun (1332-1406) v   Auguste Comte (1798-1857) v   Karl Marx (1818-1883) v   Emile Durkheim (1858-1917) v   Max weber (1864-1920) v   George Herbert Mead (1863-1931) Perspektif Sosiologi: Mikro (Bersifat kecil dan individu) & Makro (Bersifat...